Memasuki tiga minggu tayangan, filem The Garden of Evening Mists terus mendapat respons positif dalam kalangan penonton.

Ramai yang menyifatkan, filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Tan Twan Eng tersebut merupakan sebuah karya yang wajib ditonton.

"Baru lepas menontonnya, saya boleh katakan bahawa ia sebuah naskhah yang terlalu bagus untuk sebuah filem Malaysia. Era British Malaya 1940-an dipaparkan dengan bagus. Segalanya dalam filem itu digarap dengan cukup baik.

"Pelakon juga menyampaikan dengan baik. Secara keseluruhan ia filem yang wajib ditonton, anda akan jatuh cinta dengan taman Jepun selepas menontonnya," tulis pemilik akaun @a1denotes di Instagram Story.



Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap filem yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 merupakan sebuah naskhah setanding dengan pencapaian di Oscar.

"Sebuah filem yang bagus. bangga menjadi seorang rakyat Malaysia kerana, rata-rata pelakon dan kru merupakan rakyat Malaysia. Sememangnya sebuah karya setanding di Oscar," tulis pemilik akaun @danielszehauz di Instagram.





Filem The Garden of Evening Mists merupakan sebuah karya bertaraf antarabangsa yang menjalani penggambaran sepenuhnya di negara ini.

BACA: 5 Lokasi Menarik Di Malaysia Yang Dipaparkan Dalam Filem The Garden of Evening Mists

Diterbitkan oleh Astro Shaw dan HBO Asia, filem yang mendapat arahan sutradara Tom Shu-Yu Lin itu menampilkan kehidupan wanita yang hidup selepas zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

BACA: "Filem Ini 10/10!...Saya Sampai Menangis" - Penonton Sifatkan The Garden of Evening Mists Karya Tempatan Yang 'Underrated'

Jadi, bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan filem yang menampilkan teraju utama, Sinje Lee dan Hiroshi Abe di pawagam berhampiran anda.