Pelakon Fizo Omar berkongsi foto bersama kereta yang sudah lama menjadi impiannya iaitu Lamborghini Urus yang berharga RM1.8 juta.

Menurut Fizo, dia sudah lama memerhatikan kereta mewah itu dari jauh sahaja kerana belum berpeluang untuk memilikinya.

"Finally dapat juga sebelum raya, sebelum ini usha dari jauh saja, bila lah ada rezeki nak ambil satu kan," tulis Fizo di Instagram.



Namun rupa-rupanya, pelakon berusia 35 tahun ini hanya bergurau dan masih belum memiliki kereta idamannya itu.

"Terima kasih kepada yang sokong dan mendoakan ya, Alhamdulillah hasil penat lelah kerja siang malam, dapat juga beli phone baru buat ambil gambar ni," selorohnya.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Fizo berasa terhibur dengan gurauannya itu, ada juga yang mengambil pengajaran agar membaca kapsyen selebriti sehingga ke penghujung ayat.

RM 1.8 Million - Lamborghini Urus! . Finally, dapat jugak sebelum raya,sebelum ni dok usha dari jauh jer, bila lah ada rezeki nak amik satu kan.terima kasih kepada yg support dan mendoakan yea.Alhamdulillah hasil penat lelah kerja siang malam,dapat juga merasa beli fon baru buat amik gambar ni. . . @dtcmotors #janganmarahyeteruskanberdoamanalataudapatketebetulbetul #jangankecamdanjanganserioussangatbolehtak #lamborghiniurus #hargaRM1.8jutajerrrrrrr

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Sekadar info, Fizo mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2008 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.