Laman Utama

“Finally It's Over”- Tiada Isu Nusyuz, Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami , Rumah Tangga Berjaya Diselamatkan!

gempak
Hanafis Haris
01/12/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
“Finally It's Over”- Tiada Isu Nusyuz, Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami , Rumah Tangga Berjaya Diselamatkan!
Selepas menempuh pelbagai pergolakan rumah tangga, hubungan pelakon Nynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.
Difahamkan, kedua-dua pasangan hadir menaiki kenderaan sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi tadi.

Kehadiran mereka bertujuan untuk sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan Fahmi 12 November lalu.

Menurut peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

"Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.

"Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula.

"Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama,” katanya menerusi Mstar.

Dalam pada itu, Fahmi menerusi perbualan mesejnya kepada Gempak meluahkan rasa syukur.

“Finally it's over, Alhamdulillah. Kami akan adakan sidang media esok, kami akan jawab semua persoalan.

Sekadar info, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.

Kemelut rumah tangga dilihat mula menjadi perhatian pada 3 November lalu apabila Fahmi mendakwa isterinya 'dilarikan' oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelak minggu lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil menafikan mengenai dakwaan dan telahan suaminya yang memaklumkan bahawa dirinya telah dilarikan oleh keluarga sebelum dia membuat tuntutan cerai.

Selang seminggu iaitu pada 11 November, Mohamed Fahmi membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran sejak 2 November lalu.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu semalam memfailkan permohonan cerai kepada suaminya.

Nynaa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi menghadiri sebutan permohonan perceraian yang dilakukannya melalai peguam syarie pada 10 November lalu.

Permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

BACA : Nak Jumpa Isteri Tapi Ada 7 Syarat Bak Puteri Gunung Ledang? Suami Nynaa Harizal Tak Nafi Masalah Kewangan Juga Punca Kemelut Rumah Tangga!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live