Pelantun lagu Setiaku, Hez Hazmi atau nama aslinya Muhammad Hazmi Nadzim Hamdan, 29 telah selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Fatin Ameera, 26.

Majlis akad nikah telah berlangsung di sebuah Masjid Jamiul Ehsan, Setapak pada 10 Jun yang lalu.

Detik gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Hez di platform Instagram miliknya dengan kapsyen melahirkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan

“Alhamdulillah, pagi 10 Jun 2022 (Jumaat) pada jam 10 pagi saya dan pasangan, Fatin Ameera selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz sahaja di Masjid Jamiul Ehsan.

“Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan kenalan kerana banyak mendoakan kami,” tulisnya.

Di ruangan balas pula ramai yang mendoakan Hez dan pasangan diatas pernikahan mereka.

“Tahniah sabahatku Hez dan Myra.

“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga syurga buat kalian berdua.

“Beautiful couple, tahniah korang berdua” antara balas peminat.

Dalam pada itu di entri lain, Hez memuat naik satu gambar terbaru bersama isterinya dengan kapsyen agar perkahwinan ini diredhai Allah.

“10.10.22, Semoga ikatan ini di redhai Allah dan terus bersama hingga kej Jannah. Insyallah” tulisnya.
Terdahulu, Hez dan Ameera telah mengikat pertunangan mereka pada Oktober tahun lalu.