Penyanyi rap dan kekas anggota Running Man, Kang Gary bakal muncul dalam program realiti popular Korea, The Return of Superman tidak lama lagi.

Berita itu disahkan oleh pihak The Return of Superman semalam.

Program itu bakal mendedahkan kehidupan Gary selepas berkahwin dan bergelar seorang bapa.

Menerusi The Return of Superman juga, wajah anak lelaki Gary, Kang Tae Oh yang kini berusia 3 tahun akan didedahkan untuk tatapan umum buat pertama kali.

Menariknya lagi, putera kesayangan Gary ini juga amat meminati muzik sama seperti bapanya selain mempunyai kebolehan bertutur yang mengagumkan.

The Return of Superman bersama Gary dan anaknya ini dijadualkan bersiaran pada Februari depan.

Terdahulu, Gary tidak pernah mendedahkan wajah anaknya dan hanya merakamkan bahagian belakang atau pun tepi badan untuk dikongsi kepada umum.

Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April 2017 secara rahsia tanpa sebarang majlis.

Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang anak pada 17 November tahun yang sama.

Sumber: Allkpop / Soompi