Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Finally Ustaz, Selepas 34 Tahun Hidup…” - Mia Ahmad Syukur Berjaya Khatam Al-Quran Di Wad Sebelum Lahirkan Anak Ketiga

Asyikin Mayudin
27/01/2023 05:45 MYT
Pelakon Mia Ahmad melahirkan rasa syukur apabila dia berjaya khatam Al-Quran sewaktu berada di wad sebelum melahirkan anak ketiganya pada minggu lalu.

Mia berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian paparan skrin mesej perbualannya dengan ustaz yang banyak membantunya dalam mengaji.

“Anyway ustaz saya nak inform saya dah khatam, saya khatam di dalam wad hari nak bersalin tu. Syukur ustaz… saya bawa Al-Quran. Alhamdulillah dapat khatam kat sana.

“Finally ustaz selepas 34 tahun hidup Alhamdulillah, Ramadan kali ni fight lagi. Lepas ni nak betulkan bacaan ya ustaz. Insyallah ustaz.

“Terima kasih banyak-banyak bantu saya, celikkan ramai yang masih buta Quran,” katanya.

Berkongsi mengenai perkara itu lagi, isteri kepada bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi turut mengakui dia banyak memberi alasan untuk ‘ponteng’ mengaji ketika zaman kecil.

“Dulu masa kecil selalu ponteng mengaji. Dah umur macam ini baru nak khatam. Boleh baca tapi banyak excuse. Lepas ni harapnya tak ada la excuse lagi.

“Terima Kasih guruku. Semoga Allah merahmati dan melipat kali ganda usaha ustaz sebab mengajarkan Al-Quran. Ustaz sabar dan ajar sampai saya dan suami lancar membaca,” kongsinya.

Terdahulu, Tarmizi berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari lalu.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.



#Mia Ahmad #Mia #Mia khatam #Mia Ustaz mengaji #Mia Al-Quran
;