Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#FinancialFaiz: Dah Sedia Nak Miliki Teratak Indah? Ikuti 4 Tip Mudah Sebelum Anda Beli Rumah

Asyraf Roslan
05/10/2024 06:55 MYT

Membeli rumah adalah impian kebanyakan orang, tetapi ia juga merupakan satu keputusan kewangan yang besar.

Untuk memastikan pembelian rumah anda berjalan lancar dan bijak, terdapat beberapa tip penting yang perlu diambil kira.


Berikut Gempak kongsikan beberapa tip mudah sebelum anda membeli rumah.


1. Clearkan CRISS & CTOS

Kebanyakan permohonan pembelian rumah ditolak kerana ada diantara anda tidak menjaga CCRIS dan CTOS dengan baik.

Buat anda yang nak beli rumah anda harus menjaga credit score anda dengan baik jadi mudah untuk anda mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.

Untuk anda yang ada hutang tertunggak, pastikan anda selesaikan dahulu sekurang-kurangnya 12 bulan terakhir sebelum anda membeli rumah.



2. Potensi beli hartanah

Anda beli rumah untuk apa?

Adakah untuk pelaburan, sewa atau untuk tinggal disitu? Ini harus menjadi pertimbangan anda juga.

Sekiranya anda beli rumah untuk pelaburan, anda harus lihat berapakah potential future value untuk hartanah yang anda beli.

Jika anda pilih untuk menjadikan rumah itu sebagai rumah sewa, anda haru lihat berapa kadar swa yang boleh anda kenakan bersesuaian dengan kawasan yang anda beli.

Namun, kalau beli untuk tinggal disitu, anda kena lihat sama ada anda memang mahu tinggal di kawasan itu dalam tempoh yang lama atau tidak.


3. Leasehold atau Freehold

Untuk leasehold dan freehold ini masing-masing ada baik dan buruknya.

Namun jika anda mahu memiliki hartanah tersebut secara kekal dan mudah untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank, pastikan anda memilih freehold.

Cuma ingin diingatkan harga hartanah freehold ini sedikit mahal berbanding leasehold.

4. Progressive interest

Progressive interest ini adalah interest atau profit yang anda kena bayar kepada bank sementara rumah anda sedang dibina secara progressively.

Maknanya anda perlu bayar sikit-sikit mengikut progres pembinaan rumah anda.

Ingat, pembelian rumah adalah pelaburan jangka panjang, jadi pastikan keputusan yang anda buat adalah bijak dan sesuai dengan keperluan serta kemampuan anda.

Tip ini dibawakan oleh Financial Faiz.

#Rumah #Kewangan #Tip #Pinjaman Bank
;