,
Hiburan

"FINAS Jangan Pilih Bulu Bagi Dana Filem" - Penerbit

Amri Hassan
29/07/2020
04:46 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) jangan bersikap memilih bulu dalam membahagikan dana kepada syarikat produksi.
Penerbit filem dan rancangan televisyen, Razalif Mohd Zain berkata akibat sikap tidak adil itu, banyak syarikat produksi daripada kalangan anak muda sukar untuk berkembang maju.
Jelasnya yang pernah bekerjasama dalam pembikinan filem Taikun pada tahun 2013 dan beberapa program televisyen, generasi muda yang terlibat dalam dunia pembikanan filem mempunyai bakat yang besar.
"Saya seru kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Finas jangan memilih bulu. Bagilah (peruntukan) adil kepada semua pihak yang layak.
"Saya mohon kerjasama daripada FINAS agar adil dan saksama, jangan bagi kepada syarikat besar dan kroni sahaja.
"Anak muda yang menjadi penerbit boleh pergi jauh. Malah ramai berbakat dalam pengarahan dan pengeditan filem. Tetapi disebabkan bajet, idea dan bakat mereka tersekat," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Razalif kini merupakan Presiden Metamorphosis Skills Sdn. Bhd. dan menumpukan kepada perniagaan pembuatan sarung tangan getah, hospital swasta, kolej kemahiran dan produk makanana sejuk beku.
Dakwa Razalif, pihaknya pernah membawa sebuah filem untuk dibawa ke luar negara tetapi FINAS tidak dapat membantu kerana kekurangan bajet.
"Saya pernah ke FINAS untuk ‘pitching’ dan mereka kata idea filem saya bagus tetapi diberitahui bajet tidak ada. Namun sebenarnya bajet diberi kepada yang sepatutnya tidak dapat," jelasnya.
Razalif menambah, pihaknya masih tidak berputus asa dalam industri penerbitan filem dan drama apabila sedang merancang untuk pembikinan dua filem iaitu sebuah filem aksi dan cinta.
Selain itu, dua buah drama sedang menunggu giliran untuk ditayangkan di saluran televisyen tempatan.
"Saya akui produk saya tidak banyak filem tetapi kita banyak bekerjama dengan beberapa penerbit filem lain. Lepas Taikun, kami tiada ada filem kerana memberi fokus kepada bidang pengurusan acara dan TV komersial.
"Namun sepatutnya kami rancang terbit dua filem cinta dan aksi tetapi gara-gara wabak Covid-19 semuanya tertanggu walaupun persiapan sudah dilakukan.
"Kami menjangka penggambaran dua filem ini akan akan bermula selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.
BorakSeeni