Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang serius penularan video dan artikel berkaitan kenyataan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berkenaan kebenaran aktiviti penggambaran di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri akui terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London tentang perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“FINAS telah merujuk kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan pengesahan berhubung kenyataan tersebut.
“Kami dimaklumkan bahawa tiada perbincangan antara pihak MKN bersama FDAM sepertimana yang dinyatakan dalam video dan artikel tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, FINAS menegaskan bahawa semua aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP.
Manakala di kawasan yang dikuatkuasakan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan pula aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan SOP yang digariskan oleh pihak MKN buat masa ini.
“Untuk makluman, FINAS sedang dalam perbincangan bersama pihak MKN untuk memohon kelonggaran SOP penggambaran bagi sektor industri kreatif dalam usaha memastikan ekonomi industri kreatif tidak terjejas.
“FINAS juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan serta tidak memutarbelitkan fakta yang boleh mengelirukan penggiat industri kreatif.
“FINAS akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my serta media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia,” katanya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat FINAS di talian 03-7968 2182 atau emel ke [email protected]
Terdahulu, Mat London mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar mengenai kebenaran kepada syarikat produksi untuk membuat penggambaran di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mat London dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut berkata, penggambaran di negeri-negeri terlibat PKP boleh dilakukan tetapi hanya di lokasi tertutup.
Mat London turut mendakwa, pihaknya sudah mendapat pencerahan daripada MKN berhubung perkara tersebut.
"Penggambaran di kawasan PKP memang tidak dibenarkan, tetapi dibolehkan dengan bersyarat iaitu melakukannya di kawasan tertutup seperti dalam studio, dalam rumah dan tempat tertutup yang lain.
"Syarikat produksi juga boleh membuat penggambaran di kawasan-kawasan yang bukan PKP dan merentas negeri dengan syarat mesti mempunyai dokumen-dokumen seperti Surat Perakuan Penggambaran (SPP), surat pengesahan kesihatan, surat daripada penerbit menyatakan artis membuat penggambaran, surat pergi balik dua-hala berserta butiran tarikh penggambaran. Satu surat hanya untuk nama seorang sahaja,” katanya.
Fiza Kamarudin
Thu Jan 14 2021


“Bahagianya Bila Orang Datang Rumah Melawat, Tumpang Solat, Makan” – Ozlynn. Ini Hikmah Yang Dijanjikan.
Membaca posting Ozlynn tentang rumahnya yang sering diziarahi tetamu buat admin teringat satu kisah Nabi. Apa jawapan Nabi apabila ada isteri yang mengadu, suaminya sering membawa tetamu ke rumah sehingga dia kepenatan?

Munculnya Hero Sebenar Menyelamatkan Bumi! Ultraman Taiga The Movie Kini Di Astro First!
Boleh lah layan satu family!

“Bangun Pagi Makan, Tengahari Tidur, Bila Senja...” - Lagu Kreatif PKP Linda Nanuwil Bikin Ramai Terhibur!
Berbakat buat lagu rupanya!

Zarul Imbas Kenangan Bawa Watak Lelaki Lembut - “Tengok Balik Malu Ada Kelakar Pun Ya”’
Zarul kata lucu waktu tu bila nak berlakon heheh

Ambil Gaji Bulanan Rendah, Ben Ali Sengaja Pratikkan Hidup Bersederhana - "Kami Juga Sesak Sama Seperti Orang Lain ..."
Suatu masa tu, ada gaji staff yang lagi tinggi dari gaji kami.

Izzue Islam Terkejut Aeril Zafrel Positif Covid-19 - "Padahal Dia Sentiasa Jaga SOP"
Jangan pernah terleka, patuh SOP!

Kampong Pisang Masih Tak Tenteram, Penduduk Diganggu Penunggu Hutan
Bala apa pula menunggu dalam hutan tu?

“Rasa Macam Ada Kat Sana” - Pesakit COVID-19 Di MAEPS Ceria Menari Lagu Teman, Iman Troye Sebak
Dengar lagu Teman ni mesti badan bergoyang.

Hyun Bin Bakal Muncul Dengan Filem Confidential Assignment 2, Line Up Pelakon Lain Pun Hebat!
Wohoo! Hyun Bin is back! Comfirm letop!

COVID-19 : 12 Kluster Baru & Jumlah Kematian Tertinggi Dicatatkan Hari Ini Iaitu Sebanyak..
Stay safe guys