“Find Your Husband Like Imam” - Tak Perlu Show Off Mesra, Suami Betulkan Tudung Hannah Delisha Pun Rasa Sweet
Suami pelakon Hannah Delisha iaitu Imam Shah menjadi perhatian netizen.
Ini kerana satu video pendek yang tular di laman sosial Tik Tok merakamkan gelagat Imam membetulkan tudung yang dipakai oleh Hannah.
Tudung tersebut dibetulkan Imam supaya tidak menampakkan anak rambut Hannah dan juga lebih kemas.
Video yang dikongsi oleh akaun @Hannahdelishas_loverss itu mendapat pujian netizen.
“Dia merupakan seorang suami yang baik untuk Hannah,” tulis kapsyen video tersebut.
undefinedRata-ratanya memuji pasangan ini kerana tidak terlalu menunjuk kemesraan hubungan suami isteri di media sosial malah gelagat Imam yang dirakam itu juga spontan dan tidak keterlaluan.
Malah netizen juga mengatakan Hannah sangat beruntung kerana memiliki suami yang baik dan sweet.
Selain itu mereka juga mendoakan kebahagiaan Hannah dan Imam hingga akhir hayat.
Difahamkan pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Hannah dan Imam juga dikenali sebagai pasangan yang tidak suka menunjukkan kemesraan di media menyebabkan ramai yang menyukai mereka.