Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#FinnancialFaiz: Dah Bersedia Untuk Kahwin? Ikuti Langkah Efektif Untuk Simpan Duit Bagi Majlis Impian Anda

Gempak
19/10/2024 12:55 MYT
Menyimpan duit untuk majlis perkahwinan sebenarnya tidak jauh beza daripada strategi menabung secara umum.

Namun ada beberapa aspek yang anda perlu berikan fokus yang lebih dan juga menjaga disiplin dalam menabung.

Ikuti beberapa langkah yang dikongsikan oleh pendidik kewangan, Finnancial Faiz.

Tahu Jangka Masa


Objektif utama anda di sini adalah melangsungkan perkahwinan.

Jadi anda perlu menetapkan jumlah sasaran dan satu jangka masa bila anda mahu melangsungkan perkahwinan.

Ada beberapa soalan yang anda perlu tanya diri anda antaranya bila anda mahu berkahwin dan berapa kos yang anda perlukan.Dengan menjawab soalan ini anda akan mempunyai gambaran yanng lebih jelas mengenai berapa lama tempoh masa yang anda ada untuk menabung sebelum anda berkahwin.

Anggaran Kos


Perlu tanya diri anda juga, jenis majlis yang bagaimana anda mahukan untuk hari bahagia anda?

Anda mahu secara besar-besaran atau sederhana?

Kalau tidak berapa pasti, luangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan atau keluar untuk melakukan tinjauan.

Jadi anda akan tahu apa yang anda mahukan seterusnya boleh menentukan anggaran kos yang anda perlu keluar bagi melaksanakan majlis anda kelak.

Pisahkan simpanan kewangan


Meskipun startegi simpanan tabungan perkahwinan lebih kurang sama dengan menabung secara umum namun anda tidak boleh samakan duit-duit ini dalam akaun yang sama.

Penting untuk anda mengasingkan duit perkahwinan daripada akaun peribadi yang lain.

Ini akan berfungsi sebagai “Firewall” kewangan bagi mengelakkan anda terguna duit yang anda simpan bagi membeli kenderaan atau untuk bawa pergi bercuti.

Cara ini juga akan membuat anda lebih fokus dalam menabung dan elak daripada terguna duit yang sudah anda simpan.

Simpan duit untuk perkahwinan memerlukan disiplin dan pengorbanan. Anda mungkin perlu mengorbankan perbelanjaan lain seperti membeli barang mewah atau bercuti, semata-mata untuk mencapai matlamat kewangan ini.

Jadi tanya diri sendiri, adakah anda sanggup menangguhkan keinginan jangka pendek demi perkahwinan impian atau anda boleh merancang startegi yang betul bagi mencapai matlamat kewangan untuk perkahwinan dengan lebih teratur dan terancang, serta mengelakkan tekanan kewangan di kemudian hari.
#Perkahwinan #Duit #Kewangan #Perancangan
;