Berita
Fir Affandi & Afick Elak Kurang Ajar Dengan Pendengar
Penyampai radio Era Sarawak Fir Affandi dan Afick mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati dalam mengupas pelbagai topik dalam mengendalikan segmen Pagi Era Sarawak.
Menurut Afick, mereka akan mengendalikan beberapa segmen baharu seperti ‘prank call’ ‘Kan Dah Kenak’ dan sketsa drama Mr Penuak.
"Alhamdulillah, setelah beberapa tahun akhirnya kami diberikan kepercayaan untuk mengendalikan segmen pagi sepenuhnya.
"Kami akan memberi sesuatu yang baru kepada pendengar dan cuba untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif serta memberi harapan palsu kepada pendengar yang ingin dikenakan menerusi segmen prank call.
"Kami akan cuba untuk tidak bersikap kurang ajar terhadap pendengar kerana ada sesetengah penyampai dilihat bersikap kurang ajar apabila mengenakan mangsa mereka.
"Kami ingin ketengahkan konsep nakal tapi tidak kurang ajar dan ketengahkan sketsa Mr Penauk atau Mr Know It All yang akan mengulas semua isu semasa," katanya kepada Astro Gempak.
Afick berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan baharu penyampai ERA Sarawak, yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, baru-baru ini.
Segmen Pagi Era Sarawak bersiaran dari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.
Selain Pagi ERA Sarawak, mereka juga turut memperkenalkan beberapa segment baru iaitu Berdepergh-depergh ERA, Ohaa ERA dan Ilek Lok ERA.
Must-Watch Video