"First & Second Anniversary With Our Little Hero" - Amyra Rosli

Zulaikha Yusof
November 12, 2018 02:37 MYT
Tanggal 11 November merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kedua buat aktres Amyra Rosli dan suaminya, pelakon Amar Baharin.
Menerusi laman Instagram Amyra, dia telah memuat naik foto 'throwback' ketika majlis perkahwinan mereka beserta ucapan sempena hari bersejarah terbabit.
Amar juga memuat naik beberapa keping foto sepanjang kehidupan mereka bersama beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.
Amyra turut memuat naik foto sekitar majlis sambutan ulang tahun perkahwinan yang diraikan bersama anaknya, Aqeef Anaqi.
Ruangan komen Amyra dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan keluarganya.
Amyra dan Amar telah berkahwin pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi.
#Amar Baharin #Amyra Rosli #Amar Baharin #Amyra Rosli #Aqeef Anaqi