Perkongsian seorang wanita berbangsa Cina mengenai kelebihan sebuah van jenazah berbumbung tinggi ternyata menarik perhatian ramai.

Video berdurasi 1 minit 44 saat itu dikongsi wanita dikenali sebagai Lisa menerusi akaun TikTok miliknya.

Berdasarkan video berkenaan, Lisa membuat ulasan sebuah MPV model Toyota Hiace yang telah diubah suai menjadi van jenazah.

Menurutnya, van tersebut menjadi lebih luas untuk memastikan keselesaan penumpang.

“Atas belakang kita ada sediakan spotlight, boleh on off jangan risau.

“Bawah dia kita ada almari untuk simpang barang, lepas tu van jenazah ini ada tiga kerusi di belakang bersama dua alat pemadam api,” katanya.

Tambahnya, platform meletakkan keranda turut disediakan untuk memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan jenazah.

“Ketinggian pula macam saiz saya, 162 cm,” katanya.

Susulan video tersebut, ramai yang mengagumi penjelasan Lisa yang sangat jelas dan terperinci.

Malah, intonasi dan gerak ‘bahasa tubuhnya’ juga sangat santai dan mudah difahami.

“First time ni aku tengok salesman review ulas kondisi van jenazah, terbaiklah”.

“Terima kasih Lisa, pengalaman baru juga tengok video macam ni”.

“Fasih dan senang faham, jadi tertarik pula tengok van jenazah,” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, sejak mula dimuat naik semalam, video tersebut telah ditonton sebanyak 243,000 kali.

@lisa.toyota

Van Jenazah bumbung tinggi ?? #hiacemalaysia #toyotaipoh #toyotamalaysia #tribe769 #sahabatbosskay #legacysahabattiktok #FeelTheHIITSubwayMY

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline