Bintang Big Stage 2022 Aisha Retno bakal membuat kemunculan sulungnya sebagai pelakon menerusi drama seram Cangkul yang ditayangkan Sabtu ini.

Akui agak gementar pertama kali berlakon, Aisha walau bagaimanapun teruja apabila bergandingan dengan pelakon hebat Nazim Othman.

Menurut Aisha, dia mendapat tawaran berlakon drama Cangkul selepas beberapa minggu menyertai pertandingan Big Stage.

Jelasnya, dia menganggap rezeki lakoanan itu sebagai ‘tuah’ kerana selain adanya pelakon hebat seperti Nazim, dia juga meminati genre seram.

“Yes ini pertama kali Aisha berlakon, sangat baru dalam industri lakonan.

“Aisha sangat teruja sebab memang minat cerita hantu, so bila dapat offer Aisha sangat happy,” katanya.


Ditanya sama ada Nazim Othman menjadi punca utama dia menerima tawaran, Aisha menjelaskan ‘offer’ tersebut muncul sebelum dia mengetahui siapakah hero bagi drama berkenaan.

“Sebenarnya Aisha dapat tahu abang Nazim jadi hero selepas setuju dengan tawaran berlakon.

“Jadinya, Aisha bertambah excited dan sangat looking forward sebab ada mentor dan pada masa sama sangat minat genre horror.

“Kalau Aisha blur, at least ada guide sedikit sebanyak. Sama juga watak isteri ni, waktu dapat offer Aisha belum tahu watak apa.

“Tapi after dapat tahu menjadi watak isteri kepada Imran (Nazim), Aisha teruja sangat.

“Memang saya tak ada pengalaman sebagai isteri memandangkan Aisha masih bujang, tapi saya banyakkan menonton drama melihat watak-watak isteri, how diorang handle.

“Selain itu, Aisha juga dapat banyak tunjuk ajar daripada pengarah,” katanya.

Untuk mengetahui bagaimana hasilnya lakonan Aisha dalam drama Cangkul, saksikan tayangannya pada Sabtu ini (21 Mei) jam 9 malam di Astro Citra atau Strim di Astro Go dan Ultra Box.

Sekadar info, Cangkul mengisahkan tentang Imran, seorang penggali kubur yang memiliki sebatang cangkul yang akan bergerak sebagai tanda berlakunya kematian.

Atas desakan hidup,Imran bersama rakan baiknya Musa merancang untuk mendapatkan lebih banyak tempahan menggali kubur dengan mencipta kematian.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)