Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“First Time Maream Jumpa Ibu Tapi...”- Ally Iskandar & Isteri Hantar Farah Lee, Anak Balik UK

Syafiqah Jalal
23/06/2019 23:25 MYT
Personaliti media sosial, Farah Lee menyambut baik bekas suaminya Ally Iskandar dan isteri ketika menghantarnya dan anak Maream Esabell, 5, ke lapangan terbang semalam.

Menurut Farah ia pertemuan pertama buat anaknya dengan isteri Ally, Marlina Ibrahim sebelum mereka berangkat ke United Kingdom (UK).

Farah berkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut Farah sempat mendoakan kebahagiaan pasangan yang baru bernikah pada Sabtu lalu.

“Penantin baru hantar #ommaream balik UK. First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat.

“Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma.

“Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar

“Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel. Till we meet again taktau again tu bila,” tulisnya.

Dalam entri tersebut dia turut memuat naik foto bersama family serta Ally dan isterinya sebelum berangkat pulang.

Rata-rata pengikutnya memuji sikap Farah yang terbuka menerima kehadiran Ally kerana meletak kepentingan anaknya di tangga pertama.

[BACA: "Mereka Sebenarnya Yang Belum Move On" - Ally Iskandar Tamat Zaman Duda, Netizen 'Berkumpul' Di Instagram Farah Lee]

Terdahulu, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu di Temerloh, Pahang.

Sebelum ini, Ally pernah bergelar suami kepada Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli pada 20 Januari 2012.

Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang berusia lima tahun.

. Penantin baru hantar #ommaream balik UK ? First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat ? Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma ? . Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar ?). . Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel ? Till we meet again taktau again tu bila ? . [4years10months] #mareamesabel #ommaream #mareamdaddy #OEbalikMALAYSIA

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

#Kahwin #Anak #Kahwin #Ally Iskandar #Farah Lee #Maream Esabel
;