Laman Utama
First Time Mengundi? Ini Lima Antara Benda Yang Perlu Anda Bawa
Esok iaitu tanggal 19 November seluruh rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundundi pada Pilihan Raya Umum ke - 15 (PRU15).
Bagi mereka yang pertama kali mengundi sudah pasti tertanya-tanya apa persiapan atau perkara yang perlu dilakukan ketika mengundi.
Oh! Perlu diingatkan juga penggunaan telefon bimbit ketika proses mengundi adalah dilarang sama sekali ya.
Di sini Gempak kongsikan beberapa item penting perlu dibawa semasa mengundi.
#Dokumen Perkenalan Diri
Ini paling penting ya, bawa semua pengenalan diri yang diperlukan oleh petugas pusat mengundi untuk tujuan pengesahan.
Menurut SPR, dokumen yang perlu dibawa ialah Kad pengenalan (MyKad)/ pasport/ lesen memandu/ dokumen pengenalan sementara/ resit laporan kehilangan kad pengenalan.
#Air Minuman
Sebelum keluar mengundi pastikan anda alas perut terlebih dahulu untuk mengelakkan dari lapar keterlaluan sehingga boleh mendatangkan mudarat pada diri.
Bawa juga sebotol air untuk mengelakkan diri anda kekurangan air atau dehidrasi, maklumlah beratur panjang dan berdiri lama juga adakalanya boleh membuatkan diri anda dahaga.
#Kipas mini
Ini juga merupakan antara item penting ya. Walaupun sekarang musim hujan dan cuaca sekarang redup-redup manja, manalah tahu tiba-tiba waktu mengundi, matahari terpacak atas kepala pula. Panas dikkk!
#Payung Lipat
Payung ni sebagai persediaan kepada anda, manalah tahu tengah beratur tunggu giliran tiba-tiba hujan. Nak cari tempat bereduh pula penuh sebab ramai. Nayaaaaa, jadi payunglah penyelamat anda.
Selain hujan, anda boleh guna payung untuk lindung panas matahari kan?
#Tisu Basah & Kering
Ha ini pun antara item penting, lepas mengundi, jari yang ada dakwat kekal tu takkan lah nak lap pada baju pula kan? Jadi standby je tisu guys, tak rugi pun.
Ada lima benda ini pun dah okay. Kalau boleh, malam sebelum mengundi tu packing barang awal-awal supaya tidak ada barang yang tercicir nanti kan.
Selamat mengundi rakyat Malaysia!
Must-Watch Video