"First Time Pandang Kaabah, Mata Tak Berkelip" - Wany Hasrita Kongsi Pengalaman Tunai Haji

Amri Hassan
Ogos 14, 2019 05:46 MYT
Penyanyi Wany Hasrita berkongsi rasa gembira setelah selesai menunaikan ibadah haji di Makkah.
Kata Wany, perjalanan melengkapkan Rukun Islam kelimanya itu disifatkan luar biasa dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
"Alhamdulillah, selesai sudah ibadah haji saya di sini.
"Perjalanan haji saya sangat luar biasa. Dari sampai di sini dan menjaga dalam ihwam, berwukuf di Arafah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya.
"Terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie," katanya.
Tambah Wany, dia mengalirkan air mata ketika kali pertama memandang Kaabah ketika di Makkah.
"First time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya. Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata.
"Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina untuk bermalam selama 3 hari.
Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal tadi," tambah Wany.
Wany dijemput sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan haji pada 7 Ogos lalu setelah dipelawa oleh kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
BACA: "Insya-Allah Berangkat Esok" - Wany Hasrita Bakal Tunaikan Haji
Penyanyi lagu Menahan Rindu itu berangkat ke tanah suci Makkah bersama rakan penyanyi Amira Othman.
#Penyanyi #Penyanyi #Haji #Wany Hasrita