Jika sebelum ini FiTA Studios membawa filem Chowrasta ke India untuk pasaran negara tersebut, kali ini syarikat penerbitan itu mengorak langkah lebih besar meneroka pasaran antarabangsa dengan menerbitkan filem seram Thailand berjudul Realms.
FiTA Studios Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan produksi popular Thailand iaitu Film Frame Productions untuk menghasilkan Realms: Your Nightmare Will Find You.
Realms sebuah naskah seram yang menjanjikan hasil yang terbaik dan dibintangi barisan pelakon popular Thailand seperti Praya Lundberg, Golf Pichaya dan Air Phantila.
Dua pelakon Hollywood Ryan Kelly dan Madison McKinly turut membintangi filem seram hebat ini.
Penerbit Eksekutif FiTA Studios, A. Latiff Mohaideen, berkata, ada sebab mengapa mereka memilih menerbitkan naskah daripada negara Thailand sebagai permulaan.
“Kami memilih Thailand sebagai permulaan kerana pasaran filem negara ini sudah diperingkat antarabangsa sejak dahulu lagi.
“Selain itu, kita juga tahu populasi mereka sangat besar dan kami lihat Realms sebuah filem seram yang mampu menawan peminat filem negara ini,” katanya.
Tambahnya lagi FiTA Studios juga merupakan syarikat penerbitan pertama di Malaysia yang menerbitkan filem luar negara.
Ia sekaligus menjadikan FiTA Studios syarikat bumiputera pertama yang mengeksport filem luar negara ke negara lain termasuk Malaysia.
“Kami percaya peluang meneroka pasaran filem luar negara akan memberi pulangan balik kepada FiTA Studios.
“Filem ini menelan kos belanja mencecah AS$2 juta (RM8 juta), dan kami mensasarkan kutipan tayangan sebanyak AS$10 juta (RM40 juta),” katanya.
Realms yang diarahkan oleh pengarah dari Amerika Syarikat, Daric Gates bakal memasuki pawagam di Malaysia bermula 18 Januari 2018.
Mya Amri
Thu Dec 28 2017
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!
Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan. Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM). Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya
Content “Rempit” Views Melangit Tinggi, Marketing Untuk Andyoso, Ammor & Teah? | Motif Trending
Korang pernah layan tak content dorang dekat YouTube? Min layan pun sengih sorang sorang.
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”
Ramai kecam watak Zarif.
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Dibatalkan - "Sebenarnya Ia Hanya Acara Suka-Suka"
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Chatin, Mentakab, Pahang, pada Ahad ini, telah dibatalkan.
Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akui dia merasa terkejut apabila menerima kritikan daripada netizen mengenai pertuturannya dalam bahasa Melayu yang dikatakan pelat.