Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Fitnah Besar Buat Saya” - Luqman Faiz Tidak Selesa Diganggu Dengan Soalan Status Seksualiti

Asyraf Roslan
07/11/2024 21:55 MYT
Penyanyi, Luqman Faiz mendedahkan ini bukan pertama kali dia diganggu oleh lelaki yang bernafsu sonsang.

Menurut Luqman, sebelum ini dia tidak pernah menghiraukan mereka sehingga ada beberapa orang yang mula cuba menghubungi rakan-rakannya dan bertanyakan mengenai seksualitinya.

"Mula-mula saya tak kisah mereka nak bercakap pasal saya.

"Cakaplah apa pun saya tak pernah kisah dengan apa yang mereka sampaikan, cakap saya nyanyi tak sedap ke, gay ke, saya tak pernah peduli.

"Tapi bila benda ini membuatkan orang terlalu nak tahu benda yang tak benar dan yang paling trigger saya apabila ada yang DM kawan-kawan saya tanya saya straight ataupun tidak.

“Perkara tersebut menimbulkan satu persoalan kepada orang ramai, itu yang menjadi tak best sebab ia satu fitnah yang besar bagi saya,” ujar Luqman ketika dihubungi Gempak.

Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abd Halim Faiz juga menjelaskan perkara ini banyak mengganggu kehidupannya.

Kata pelantun lagu Kepuraanmu itu, dia sering ragu-ragu untuk melakukan sesuatu lebih-lebih lagi jika mahu memuat naik gambar di media sosial.


"Saya okay je sebenarnya, tiada benda yang paling teruk pun. Cuma benda ini jadi berat bila orang jadi ragu-ragu dengan seksualiti saya, jauh lagi saya nak terlibat dengan benda-benda berkenaan.

"Dia jadi tak best bila saya nak buat apa-apa saya juga jadi ragu-ragu. Nak post something kat Instagram saya akan tanya kawan-kawan atau ibu saya, adakah benda ini nampak seperti gay?

"Bila saya keluar saya dapat rasa yang orang pandang saya sangat lain, jadi ia jadi tak best. Kalau saya gay saya faham tapi sebab saya tak. Dia jadi satu fitnah besar buat saya,” katanya.

Terdahulu, Luqman tampil menegaskan dia bukan dari golongan homoseksual seperti yang dikatakan oleh sesetengah netizen.

Luqman juga meminta untuk mereka berhenti untuk menghantar gambar-gambar yang tidak sepatutnya di media sosial.
#Gay #Homoseksual #Luqman Faiz
;