Pelakon Izara Aishah menafikan dakwaannya mengenai instafamous jadi pelakon TV merujuk kepada personaliti media sosial Sharifah Rose.

Menerusi laman sosial Twitter, Izara menepis spekulasi netizen yang mengaitkan nama mereka berdua dan melabelkannya sebagai fitnah.




Dalam ciapan berbeza, Izara juga menyatakan tidak mahu netizen membuat perbandingan antara dirinya dan Rose.

Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Izara dan merasakan pelakon filem Pilot Cafe ini tidak memetik nama sesiapa secara spesifik.

Malah, ramai yang menyatakan ciapan Izara terhadap Rose itu adalah sebagai kata-kata semangat untuk bekas kekasih anak Datuk K itu terus bersinar.

“Kenapa orang cakap Izara sound Rose, kenapa aku baca macam its just kata kata semangat. Train mana yang aku tertinggal ni,” tulis seorang wargamaya.

“This is not a hate tweet dear Malaysian! Baca betul betul apa yg dia tulis tu alamak,” kata seorang wargamaya.

“Izara Aishah memang layak kalau nak comment about film industry. Dia antara pelakon yang memang gila gila jadi bawa watak. Bimbo? Budak kampung miskin? jahat? Jadi org gila? Memang mantap ah,” komen seorang wargamaya.

“Lmao tang mana yang Izara sound Rose eh? Apa yang i nampak izara is hyping her up???” tanya seorang wargamaya.

“I think people misunderstood this tweet because Izara been talking a lot about instafamous jadi pelakon bla bla shit sebab tu kot orang jadi salah faham,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan Izara tersebut telah menerima hampir 2,500 ulang ciap daripada warga Twitter.

Terdahulu, Izara meluahkan rasa hairan apabila semakin ramai instafamous membanjiri kebanyakan program di kaca televisyen.

Tambahnya, situasi semasa kemunculan kelompok instafamous di kaca televisyen sedikit sebanyak mencalarkan reputasi artis yang betul-betul punyai bakat dan komited dalam dunia seni.