Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Fitri Haris Mengerjakan Umrah Bersama Isteri

Syafiqah Jalal 17/01/2020 | 08:17 MYT
Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris, 35, memberitahu dia dan isteri Fazilah Omar, 32, berangkat untuk mengerjakan umrah hari ini.
Fitri memohon maaf kepada semua dan meminta perjalanan umrahnya dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang.
“Bismillah .. pohon kemaafan segala kesilapan. Halalkan makan dan minum, doakan moga permudahkan urusan umrah kami serta moga Allah pelihara kebaikan semua amin,” tulisnya.
Fitri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik fotonya bersama isteri di lapangan terbang.
Pasangan itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu.
Terdahulu, Fitri memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009.
Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercerai dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua.
Kemudian dia bercerai pula dengan isteri kedua dua minggu selepas itu.
Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian.
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura.

Bismillah .. pohon kemaafan segala kesilapan .. jalalkan makan dan minum.. doakan permudahkan urusan umrah kami.. moga Allah pelihara kebaikan semua amin ??

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

#Penyanyi #Umrah #Penyanyi #Isteri #Fitri Haris
;