‘Fitting’ Baju Pun Di Hospital – Isteri Dedah Keadaan Lan Sebelum Konsert GV 4 Bermula

Mya Amri
Disember 4, 2017 08:01 MYT
Isteri kepada bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Lan, Sheila Hassim akui keadaan suaminya yang kurang sihat dan terpaksa berkerusi roda itu merupakan antara dugaan perlu dilalui oleh mereka.
Sheila mendedahkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa seleksi foto menerusi akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi.
Antara foto yang dimuat naik menunjukkan Lan sedang terlantar di katil hospital dan berkerusi roda ketika hadir ke sesi latihan.
"Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang membantu pergerakan sepanjang konsert juga sebelum konsert. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa kalian.
“Saya yakin korang nampak semangat Lan yang kuat untuk teruskan bertanding, sampai ‘fitting’ baju pun dekat hospital.
“Pengalaman baru untuk saya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan rezeki masih menyebelahi anak-anak kami.
“Doakan Lan sembuh sepenuhnya sebelum separuh akhir ya, Amin,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen di foto tersebut dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kesihatan dan sejahteraan penyanyi kesayangan mereka.
BACA: LAN KERACUNAN MAKANAN, TERPAKSA BERKERUSI RODA
Minggu keenam GV 4 menyaksikan Lan yang menyampaikan lagu ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’ menduduki tempat kedua terendah dengan jumlah markah sebanyak 60.6%
BACA: TUJUH BINTANG MARA KE MINGGU SEPARUH AKHIR, INI SENARAI MARKAH PENUH
BACA: GV 4: ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT KEENAM
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my
Sementara itu, tiket untuk konsert akhir GV4 boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.
#GegarVaganza #Lan #GV 4