Fizi Ali Akhiri Zaman Duda, Selamat Nikahi Rakan Niaga

Amri Hassan
Oktober 23, 2023 07:29 MYT
Penyampai radio Fizi Ali telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati yang juga rakan niaganya, Tiz Ikha pada Isnin.
Memilih tarikh 23 Oktober 2023, Fizi berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagramnya.
"Alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..
"Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami.
"Semoga doa-doa yang baik kembali semula dekat kalian" tulisnya.
Terdahulu, hubungan rapat Fizi dan Tiz mulai dihidu peminat apabila kerap berkongsi foto bersama sejak Februari lalu.
Namun, Fizi menyifatkan mereka masih di fasa awal perkenalan.
Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. Mereka mempunyai Ameena berusia tiga tahun.
#Penyampai radio #Nikah #Duda #Fizi Ali #Tiz Ikha