Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

Umirah Halim
26/08/2024 12:07 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali akhirnya tampil berkongsi wajah puterinya di platform Instagram.

Luah rasa syukur

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anaknya itu.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah bertambah seorang lagi puteri dalam hidup daddy dan mama.

Sementara itu, penyampai radio berusia 35 tahun tersebut turut mengumumkan nama anak bongsunya.

“Puteri ketiga kami, Nurraisya Sofea, semoga membesar dengan baik ya sayang.

“Lepas ini banyak momen dengan anak-anak kami akan update di IG @dnsofeas. Terima kasih semua,” tulisnya lagi.

Terdahulu, isteri kepada Fizi iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, pasangan itu pada awalnya memilih untuk tidak mendedahkan wajah bayi tersebut.

Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaiikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakila Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

#Anak #Ali #Ketiga #NAMA #Fizi