Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

Asyikin Mayudin
06/03/2024 06:55 MYT
Perkongsian foto penyampai radio Fizi Ali bersama isterinya, Siti Zulaikha bersama anak-anak yang dimuat naik di laman Instagram mendapat perhatian netizen.

BERITA TRENDING: “Tak Dapat Nak Gambarkan Gembiranya Hati Seorang Ayah…” - Fizi Ali Syukur Dapat Jumpa Anak Lepas Dua…

Salah satu komen yang diterima, individu tersebut memberi pesanan kepada isteri baharu Fizi agar tidak melakukan apa-apa terhadap anak penyampai radio itu dengan bekas isteri, aktres Shakilla Khoriri iaitu Ameena Sofia.

“Cakap kat bini tu, jangan suka-suka lagi usik anak orang,” komen individu tersebut.

Hairan dengan komen tersebut, Fizi membalas dengan mempersoalkan tindakan individu tersebut menulis perkara sebegitu memandangkan dia dan isterinya tidak pernah menganggu orang lain.

“Aik? Bini aku usik kau ke? Dan yang kau cakap anak orang tu anak aku. Kenapa makcik? Ada saya buat apa-apa dekat makcik ke atau keluarga makcik?” balas Fizi.

Terdahulu, Fizi Ali melahirkan rasa syukur dan gembira apabila dia dapat bertemu kembali dengan anak perempuannya, Ameena Sofia setelah hampir tiga bulan berjauhan.

Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimuddin berkata, Ameena juga kelihatan teruja ketika dijemput pulang daripada sekolah.

Pada 22 Februari lalu, Fizi tidak dapat menahan air mata gembira apabila akhirnya diberikan peluang untuk bertemu dan membawa anak perempuannya tinggal bersama selama empat hari, bermula pada 1 Mac 2024.

Keputusan tersebut merupakan hasil budi bicara antara pihaknya selaku plaintif dan defendan iaitu bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Sebelum ini, Fizi memfailkan tuntutan hadanah kekal itu pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla, 35, sebagai defendan.

Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

#Fizi Ali #Shakilla Khoriri #Ameena Sofia #Isteri Fizi Ali
;