Fizi Ali Harap Kes Tuntutan Hadanah Selesai Cara Baik, Shakilla Khoriri Pula Mengadu Tak Cukup Tidur
Firdaus
22/02/2024 02:25 MYT
22/02/2024 02:25 MYT
Penyampai radio Fizi Ali berharap agar kes tuntutan hadanah yang difailkan terhadap bekas isteri Shakilla Khoriri dapat diselesaikan dengan cara baik.
Jelas Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 35, dirinya hanya menginginkan anaknya, Ameena Sofia, mendapat kasih sayang seimbang daripada ibu dan bapa.
“Saya memang sangat positif ia akan selesai. Kalau boleh saya nak selesai hari ini tentang apa yang diminta oleh kami.
“Seboleh-bolehnya, tolonglah hari ini. Saya cuma nak hak untuk Ameena dapatkan kasih sayang mak dan ayah,” katanya kepada Gempak.
Fizi mengulas perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, bagi sebutan kes tuntutan hadanah terhadap Shakilla.
Fizi hadir di mahkamah bersama isterinya, Siti Zulaikha dan peguam iaitu Nur Husniah Husin.
Jelas Fizi, ia amat memberi kepuasan kepadanya sekiranya perkara itu dapat diselesaikan.
“Saya rasa satu kelegaan yang sangat-sangat tapi kita tengok keputusan daripada mahkamah macam mana,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shakilla ketika ditemui enggan memberikan kenyataan lanjut dan hanya mengadu tidak mendapat tidur yang cukup.
“Saya okay, cuma tak cukup tidur,” ujarnya.
Terdahulu pada 15 Disember lalu, Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.
Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mengiginkan anak perempuanya itu mendapat kasih sayang yang sempurna.
Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.