HIBURAN
Fizi Ali Sedar Berat Tugas Seorang Suri Rumah, Isteri Sampai Tertidur Kepenatan - “Tak Pernah Cuti, 24 Jam Kerja”
Penyampai radio Fizi Ali menyedari bukan mudah tugas sebagai seorang suri rumah selepas melihat isterinya, Siti Zulaikha yang kepenatan selepas menguruskan hal rumah.
Pastikan rumah tersusun rapi
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi berkata suri rumah bukan sahaja hanya ‘goyang kaki’ sebaliknya wanita itu yang akan memastikan segala urusan rumah tersusun rapi.
“Kadang-kadang kita tak faham tugas seorang suri rumah ni… duduk rumah saja kot tak kan penat. Padahal dia la orang yang akan pastikan semua dekat rumah tersusun rapi.
“Pastikan anak-anak, suami terjaga… tak pernah cuti, 24 jam kerja. Dia tak beritahu pun yang dia letih ke sakit ke… sedar-sedar sampai tertidur kepenatan,” kongsinya.
Ucapan terima kasih
Pada perkongsian yang sama, Fizi turut mengucapkan terima kasih buat isterinya yang sentiasa menjaga keluarga mereka dengan baik.
Malah Fizi sempat memuji kecantikan isterinya yang sedang tidur.
“Terima kasih sayang awak jaga keluarga kita… tapi kan tidur pun cantik eh,” katanya lagi.
Untuk rekod, Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Bin Ali, 34 mendirikan rumah tangga dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nurraisya Sofea.
Fizi dan isterinya juga masing-masing mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan mereka terdahulu.