,
Laman Utama

Fizi Ali, Shakilla Khoriri Bercerai – “Walaupun Hidup Berasingan, Kami Akan Besarkan Ameena Dengan Penuh Kasih Sayang…”

Fiza Kamarudin
15/12/2021
04:41 MYT
Penyampai radio Fizi Ali mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan sudah berpisah dengan isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.
Fizi menerusi laman sosial Instagram (IG)nya berkata dia dan Shakilla kini sudah membawa haluan masing-masing.
Bagaimana pun menurut Fizi, dia dan Shakilla bersepakat untuk menjaga puteri mereka, Ameena Sofia, 2.
“Bismillahirrahmanirrahim…Assalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni…
“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.
“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” katanya.
Dalam pada itu Fizi berharap agar semua pihak menghormati keputusan mereka dan memahami situasi dialami.
“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini..Anggaplah jodoh kami sampai di sini.
“Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.
“Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga..Minta maaf dan terima kasih,” tulisnya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut terkejut dengan pengumuman dibuat Fizi tambahan lagi pasangan ini tidak pernah dilanda kontroversi berkaitan rumah tangga mereka.
Selain itu, rakan selebriti seperti Issey Fazlisham, Sharifah Shahirah, penyampai radio Ikhwan dan Deen turut mendoakan perjalanan hidup Fizi dan berharap agar dia tabah.
Fizi dan Shakilla Khoriri bernikah pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Unitar