Fizi Ali Tolak Watak Utama

Zulaikha Yusof
September 7, 2018 08:46 MYT
Penyampai radio Fizi Ali, 29, terpaksa mengorbankan niat untuk aktif dalam bidang lakonan kerana komitmen kerjanya bersama stesen radio.
Menurut Fizi, dia mula menapak dalam industri seni sebagai seorang pelakon.
"Sebenarnya, saya bermula dengan satu program untuk menceburi bidang lakonan iaitu program Pilih Kasih.
"Sebelum ini saya pernah menerima tawaran berlakon termasuk untuk menjayakan watak utama.
"Tetapi. disebabkan komitmen kerja, saya terpaksa menolak tawaran tersebut. Saya tidak ingin susahkan produksi di kemudian hari," katanya.
Fizi ditemui di Suria Media Appreciation Night di Red Box Karaoke The Gardens malam tadi.
Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin berkata, jiwanya lebih ke arah bidang pengacaraan berbanding lakonan.
"Saya sedar jiwa saya lebih untuk mengacara dan menjadi penyampai radio kerana bagi saya, berlakon itu susah," katanya kepada Gempak.
Bertugas sebagai penyampai di Suria FM, Fizi bergabung dengan Shahrol Shiro dan Issey dalam segmen Team Pagi Suria.
#Penyampai radio #Pengacara #Fizi Ali