Fizi ‘Is Cancelled’ Oleh Peminat Upin Ipin Indonesia Gara-Gara Dialog “Kalau Tak Ada Ibu, Tak Adalah Syurga!
Fiza Kamarudin
28/05/2020 13:59 MYT
28/05/2020 13:59 MYT
Gara-gara dialog diucapkan Fizi, salah satu watak animasi popular Upin-Ipin dia kini ‘dibenci’ peminat dari Indonesia.
Dialog “kalau tak ada ibu, tak adalah syurga” itu disiarkan dalam episod terbaru animasi Upin dan Ipin berjudul Shahdunya Syawal.
Babak tersebut telah menjadi tular di laman sosial Instagram dan Twitter dan rata-rata yang terkesan dengan keterlanjuran kata-kata Fizi itu adalah peminat dari Indonesia.
Menerusi ruangan komen, mereka (peminat Indonesia) membenci Fizi dan menuntut watak tersebut supaya memohon maaf!
Selain itu komen 'Fizi is cancelled' turut menjadi tular di laman sosial terutama Twitter dan turut menjadi perbualan di kalangan peminat Upin Ipin tempatan juga.
Untuk makluman, Upin dan Ipin merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu dan bapanya ketika masih kecil serta hidup menumpang kasih bersama nenek mereka, Opah.
Upin dan Ipin mempunyai seorang kakak bernama Ros yang sangat sayangkan mereka walaupun suka menyakat adik kembarnya itu.
Dalam adegan yang tular itu, Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka iaitu Mail dan Fizi sedang berbual mengenai berhari raya bersama ibu dan bapa masing-masing di beranda.
Namun, Fizi secara tidak sengaja terlanjur kata dan menyebabkan Upin dan Ipin berasa sedih sehingga penonton turut beremosi sehingga terbawa-bawa sehingga ke laman sosial.
Tinjaun Gempak di IG Upin dan Ipin mendapati, penonton Indonesia mendakwa Fizi seorang anak yang nakal.
Posting tersebut yang dimuat naik pada dua hari lalu, sehingga kini telah ditonton hampir 300,000 ribu kali dan mendapat 3,353 komen sehingga artikel ini ditulis.
Wow! Nampaknya Les Copaque berjaya membuktikan Upin dan Ipin disayangi peminat mereka sehingga ke Indonesia. Cayalah!
Siri animasi popular kanak-kanak ini sudah memasuki musim ke-14 di Indonesia, manakala tayangannya di dalam negara menerusi Astro Ceria baru menjengah musim ke-13.
Kalau nak tonton Upin dan Ipin dan banyak lagi program kanak-kanak, bolehlah ke saluran Astro Ceria 611 (HD) dan 631 (SD) ya!