gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Festival Muzik EDM HardTech Gegar Sepang Sempena Minggu MotoGP!
BERITA
Saintis Temui Fosil Mamalia Terkecil Berusia 74 Juta Tahun
HIBURAN
Drama Pendek Merdeka 'Siapa Mati Dulu?' Bawa Mesej Perpaduan Dalam Elemen Komedi Seram
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fizie Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan Di Pahang - "Bayangkan Panas, Puasa Mereka Tetap Komited Dengan Operasi"

Amri Hassan
Amri Hassan
18/03/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Fizie Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan Di Pahang - "Bayangkan Panas, Puasa Mereka Tetap Komited Dengan Operasi"
Penyampai radio GEGAR FM, Fizie Roslan, menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di Cenderawasih, Pekan sejak awal Ramadan.

BERITA TRENDING: GEGAR Tampil Dengan Segmen Bro Pagi Gegar, Perkenal Fizie Roslan Sebagai Penyampai Baharu!

BERITA TRENDING: Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

Tersentuh dengan pengorbanan mereka, Fizie meluangkan masa turun ke lokasi sambil membawa juadah berbuka puasa untuk kira-kira 150 anggota bomba serta pasukan sukarelawan yang bertugas.
"Saya terfikir dalam kita semua sibuk di bazar Ramadan dan bersama keluarga tapi abang-abang bomba ini semua bertungkus lumus berusaha memadam kebakaran.
"Bayangkan dalam keadaan panas dan bulan puasa mereka tetap komited meneruskan operasi sejak 2 Mac, bagi saya bukan satu kerja mudah.
"Saya memang tergerak hati dan ajak isteri serta ibu mertua untuk turun sendiri ke lokasi untuk memberikan sedikit penghargaaan dan tanda sokongan kepada usaha mereka," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by fizie_roslan (@fizie_hotfm)
Fizie yang juga duta Mammy Mineral Essence bersama pengasas produk Hasmah Mohamad serta isterinya Fatin Syarmimi Izzati Mohd Idris turut meluangkan masa berbuka di lokasi kebakaran bersama anggota bomba bertugas.
Kunjungan itu juga sebahagian dari program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang dibawah seliaan pengerusinya Suraya Jusoh.
Pengarah Bomba Pahang Mohd Razam Taja Rahim yang berada dilokasi melahirkan rasa terima kasih kepada Fizie yang prihatin dengan anggotanya.
Beliau berkata, lebih 80 kawasan kebakaran sudah dikawal dan operasi yang dinamakan Ops Cenderawasih itu masih berjalan.
"Di kawan ini saja seramai kira-kira 123 anggota dari Balai Zon 1 Kuantan, ditugaskan setiap hari serta sukarelawan Jabatan Hutan dan kita memantau keadaan kebakaran supaya tidak merebak.
"Kita berterima kasih dengan kehadiran Fizie dan Puan Hasmah yang sudi melawat kami dan berkongsi rezeki berbuka puasa serta sedikit sebanyak membuatkan anggota seronok," katanya.
Sementara itu, Hasmah yang lebih mesra disapa Mammy berkata, dirinya terharu mengenangkan anggota bomba berkenaan yang tidak dapat berbuka bersama keluarga.
"Bila Fizie cadangkan Mammy terus setuju sebab memang Mammy nak jumpa sendiri ucap terima kasih kepada semua anggota bomba.
"Mammy gembira sebab dapat kongsi sedikit rezeki dan beri anggota bomba cuba sendiri kebaikan produk Mammy Mineral Essence iaitu minuman kesihatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Pahang
#Kebakaran
#Bomba
#Hutan
#Gegar fm
#Fizie Roslan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement