Fiziwoo Bangga Dapat Reka Busana Perkahwinan Buat Luna Maya - "Kosnya Adalah..."
Pemilik jenama Fiziwoo, Hafizi Woo dan Izree Kai meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang menghasilkan busana perkahwinan buat selebriti popular Indonesia, Luna Maya.
Menurut Hafizi, dipilih untuk mereka busana buat teman baiknya itu ibarat satu penghormatan kerana di Indonesia sahaja mereka sudah mempunyai banyak pereka fesyen yang hebat.
“Luna Maya adalah kawan kami jadi bila tahu dia nak melangsungkan perkahwinan sudah tentu kami sangat gembira dan mahu berikan sesuatu kepadanya.
“Kami sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada hari bahagianya dan untuk pereka fesyen dari Malaysia untuk buat busana untuk selebriti Indonesia bukan mudah. Sebab kami percaya pereka fesyen disana juga hebat-hebat.
“Untuk dia (Luna Maya) memilih kami untuk buatkan busana untuknya sudah tentu kami sangat gembira,” kata Fizi Woo
Sementara itu, Izree menolak untuk berkongsi kos busana tersebut.
Jelasnya, nilai persahabatan yang dibina bersama Luna Maya jauh lebih penting berbanding soal kos.
“Bagi saya bila bercakap mengenai persahabatan ia ibarat tiada kos, sebab bagi saya apa sahaja yang kami buatkan untuk kawan ia perlu datang daripada hati dan penghujungnya adalah untuk meraikan kawan kita. Kos baju ke apa persahabatan itu lebih bernilai,” ujar Kai.
Sekadar info, Luna Maya dan Maxime telah selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di COMO Shambhala Estate, Ubud, Bali pada 7 Mei lalu.
Luna dan Maxime kemudiannya mengadakan majlis resepsi pada 31 Julai.