,
Laman Utama

Fizo Bagi Hint Nak Tambah Anak, Tapi Netizen Cakap Rest Dulu? - “Sabar Dulu Abe Joe, Bagi…”

Izwan Isa
09/07/2022
01:50 MYT
Sekitar dua minggu lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata.
Selepas mengumumkan berita gembira itu, Fizo kemudiannya memuat naik video perkembangan terkini mengenai nama anaknya, termasuk proses pendaftaran bayinya.
Selain itu, Fizo turut mengumumkan nama puterinya, Wan Khaleeda Binti Wan Hafizol.
“Dah nak setahun dah kahwin baru ambil sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.
“Daddy baru nak up mcm ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat ok,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.
Dalam pada itu, Fizo turut berkongsi video yang memberitahu tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk proses pendaftaran bayi.
“Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy-daddy di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.
“Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry?” selorohnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian Fizo itu.
“Hahaha. Repeat laaa selagi masih muda.”
“Sedapnya nama baby… semoga dipermudahkan urusan selalu.”
“Sabar dulu Abe Joe. Bagi mummy dia rest dulu.”
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Laman Utama

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

gempak
09/09/2023
15:49 MYT
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM)
Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
20/05/2023
00:54 MYT
Alhamdulillah tahniah!
Unitar