Laman Utama

Fizo Omar Fobia Nak Tunggang Motosikal

gempak
Zulaikha Yusof
06/08/2020
08:45 MYT
Sponsor Banner
Fizo Omar Fobia Nak Tunggang Motosikal
Pelakon Fizo Omar, 35, akui fobia untuk menunggang motosikal selepas melihat kemalangan jalan raya yang disebabkan kecuaian pemandu yang menukar lorong secara tiba-tiba.
Menurut Fizo, dia berharap semua pengguna akan lebih beringat dan berhati-hati selepas ini.
"Tolong jangan la pandu macam ni, peringatan untuk diri saya sendiri dan semua jugak.
"Kesian kat abang-abang moto tu, saya sendiri yang naik moto pun kadang jadi fobia bila selalu tengok kejadian macam ni.
"Sama-sama kita berhati-hati untuk diri kita dan orang lain juga," tulisnya di Instagram (IG).
Tegas pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar, tindakannya berkongsi rakaman video itu bukan untuk membuka ruang kepada netizen supaya mengecam pemandu kereta terbabit.
"Saya kongsi video ni bukan untuk bagi netizen kejam atau marah kepada pemandu tu, dia bukan sengaja dan minta ini berlaku..
"Kita doakan semuanya selamat dan semua pemandu termasuk saya sendiri lebih berhati-hati lepas ni okey," tulisnya lagi.
Sebelum ini, viral sebuah video kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kereta jenis Produa Alza dengan sebuah motosikal.
Tindakan menukar lorong secara tiba-tiba untuk memasuki susur keluar di sebelah kiri telah menyebabkan penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak.
Lebih menyedihkan lagi penunggang tersebut telah terjatuh dan dilanggar oleh sebuah lagi motosikal dari arah belakang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live