Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Anak Kelima

Asyraf Roslan
18/09/2024 04:26 MYT
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan bahawa isterinya, aktres Datin Almy Nadia telah selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada pagi Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyampai radio itu menerusi sebuah hantaran di instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Fizz meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi segala proses kelahiran telah berjalan dengan lancar.

Namun, Fizz tidak berkongsi secara terperinci mengenai berita gembira tersebut.

"Alhamdulillah, isteri saya dah selamat melahirkan anak ke-5. Terima kasih kepada yang mendoakan, amin."

Sebelum ini, menerusi hantaran Instagram Story, Fizz berkongsi beberapa foto memaparkan isterinya sudah ditahan di sebuah pusat perubatan.

Sementara itu, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti yang singgah ke ruangan komen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 204.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Anak Kelima