Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Fizz Fairuz Pujuk Almy Nadia Menangis Kena Scam! – “Niat Nak Bantu, Tapi Kena Tipu…Sedih Hidup Aku!”

Fiza Kamarudin 01/11/2021 | 09:20 MYT
Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal ditipu seorang peniaga atas talian dikenali sebagai Halim dan telah membuat laporan polis.
Menerusi laman sosial Instagram (IG) suami aktres berkenaan, Datuk Fizz Fairuz, lelaki tersebut telah menipu RM570 daripada Almy untuk pembelian kereta sorong bayi.
Fizz Fairuz sebuah menerusi hantaran video, dilihat memujuk dan menenangkan Almy yang sedang menangis kerana ditipu.
Di ruangan kapsyen, Fizz Fairuz turut berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan seorang lelaki dikenali sebagai Halim yang menggunakan beberapa akaun untuk menjalankan aktiviti penipuan.
“Luahan hati setelah ditipu orang-orang asing laknatullah..Pengajaran jangan beli barangan online, nak beli kena check betul-betul supaya tak kena tipu.
“Orang tu banyak akaun jual stroller, hati-hati ya, nama di Halim. Kalau bank in keluar nama Halim, bahaya okay! Scammer berleluasa sekarang. Semua perangai macam gampang! Hahaha,” katanya.
Sementara itu Almy yang berada di tempat duduk penumpang akui terkilan kerana niat asal untuk membantu berakhir dengan perkara tidak sepatutnya.
Tambah Almy, individu tersebut juga telah menyekat akaun IGnya.
“Ingat nak support la kononnya…Bagi saya RM570 tu banyak. Dia block IG saya, tak apa kau tunggu nasib hidup kau,” katanya.
Difahamkan Almy dan Fizz telah membuat laporan polis di IPD Sentul, pada malam Ahad.
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Laporan Polis #PDRM #Kena Scam
;