HIBURAN

Fizz Fairuz ‘Resign’ Sebagai Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Doa - “Dijauhi Dengan Orang Hati Busuk & Suka Naya…”

Asyikin Mayudin 19/07/2025 | 00:55 MYT
Selepas setahun enam bulan berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengumumkan keputusan untuk mengundur diri daripada stesen itu pada Jumaat.

Meluahkan rasa syukur perjalanan suami sudah berakhir, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia berkata dia percaya rezeki ada di mana-mana sahaja.

“Alhamdulillah tamat sudah perjalanan suami di Suria FM. Bersyukur dan percaya rezeki ada di mana-mana. Pada yang text, terima kasih juga.

“Ingat Allah sentiasa ada,” kongsinya di Instastory.

Pada perkongsian yang lain, Almy turut mendoakan agar suaminya sentiasa dikelilingi orang yang baik dan dijauhkan daripada kejahatan.

“Permulaan yang baik dan di hari Jumaat yang baik. Ditemukan dengan orang yang baik, dikelilingi dengan orang yang baik.

“Dijauhi dengan orang yang hati busuk dan suka naya orang. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah,” ujarnya.

Untuk rekod, Fizz memulakan tugas di segmen Morning Morning Suria di Suria FM, bersama dua rakannya, Ajak Shiro dan Kai Hassan pada 21 Januari tahun lalu.

#Penyampai radio #Fizz Fairuz #Almy Nadia