Berita

Flawlessnya Kulit Jejaka Ini Ketika Muncul Di MeleTOP, Siap Ajar Hos Cara Cuci Wajah, Ini Rahsianya…

gempak
ZULHILMI JALIL
18/11/2020
08:50 MYT
Sponsor Banner
Flawlessnya Kulit Jejaka Ini Ketika Muncul Di MeleTOP, Siap Ajar Hos Cara Cuci Wajah, Ini Rahsianya…
Muncul buat pertama kali di MeleTOP baru-baru ini, personaliti media sosial, Noel Faizal dipuji kerana memiliki kulit wajah yang bersih dan cantik!
Sampaikan hos, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein pun turut menyangkakan pada awalnya Noel merupakan jejaka Korea.
Tapi sebenarnya, kedatangan Noel ke set ketika itu adalah untuk berkongsi mengenai rutin pembersihan wajah yang betul jika inginkan kulit yang kekal bersih dan sihat.
Tak susah pun, hanya gunakan alat pembersih wajah Aurora D sahaja.
Paling penting, semakin ramai yang dah mula guna alat tersebut dalam rutin pembersihan wajah mereka.
Tengoklah ramai influencer sekarang yang memilih untuk memiliki alat pencuci wajah Aurora D. Jadi, tak perlu cuci guna tangan lagi.
Ya, tak dinafikan memang lazimnya, kita sering melakukan rutin membersihkan wajah secara konvensional menggunakan jari sahaja.
Bagaimanapun, sebenarnya, ramai yang tidak tahu, cucian wajah menggunakan berus sebenarnya adalah lebih bagus.
Mungkin inilah masanya untuk anda beralih dengan cara yang lebih efektif menggunakan berus pencuci wajah.
#1 Cucian lebih bersih
Cuci muka setiap hari , tapi wajah tetap bermasalah sehingga naik jerawat. Barangkali cucian tersebut tidak benar-benar bersih.
Ini kerana, kotoran di liang roma lazimnya sukar untuk dinyah jika tidak dibersihkan dengan betul dengan sekadar menggunakan tangan.
Bersih di permukaan, namun, tidak sehingga ke dalam liang roma.
Begitupun, dengan berus pencuci wajah, segala kotoran pada wajah boleh dibersihkan secara menyeluruh.
#2 Bantu peredaran darah
Bukan setakat bertindak sebagai alat pembersih, bahkan, penggunaan berus pencuci wajah juga dapat membantu melancarkan lagi peredaran darah di bahagian muka.
Sekaligus, membantu penghasilan semula sel-sel kulit baharu dengan lebih cepat.
Barulah wajah anda nampak lebih sihat, bersih dan menawan!
Jadi, inilah masanya untuk anda memiliki Berus Urutan Pembersihan Sonic Aurora D.
Apa yang pasti, alat ini bukanlah seperti berus pencuci wajah biasa! Ia didatangkan dengan pelbagai fungsi yang memenuhi ciri-ciri terbaik yang perlu ada pada alat pencuci wajah.
#3 Gegaran Sonik sehingga 8,000 kali
Berus pencuci wajah Aurora D, mempunyai keupayaan gegaran sonic sehingga 8,000 kali seminit. Sekaligus membantu membuang sel kulit mati dan membersihkan liang roma.
Bukan itu sahaja, fungsi thermal pada alat tersebut juga menggalakkan proses penyerapan bahan produk penjagaan wajah dengan lebih cepat.
Paling syok, rekaan uniknya seperti jari juga menjadikan ia mudah digunakan pada wajah.
#4 Diperbuat daripada material kalis air
Anda juga tidak perlu susah-susah untuk menukar bahagian berus hadapan yang digunakan untuk mencuci wajah.
Ini kerana bahan silikon yang digunakan boleh diguna pakai berulang kali tanpa mengganggu fungsi utama berus tersebut. Bahkan, ia lebih tahan lama.
Paling penting, Aurora D diperbuat daripada gred silikon terbaik. Sifat ketahanan dan permukaan yang tidak berongga menjadikannya bebas daripada sebarang bau dan bakteria yang boleh melekat padanya.
Bukan itu sahaja, Aurora D juga didatangkan dengan material kalis air. Sekali gus membuatkan ia cukup praktikal untuk disimpan di bilik air.
Saiznya yang kecil juga memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
#5 Dapatkan promosi kaw kaw Aurora D di Shopee sekarang
Nak tahu tak yang sekarang ini, Aurora D tengah ada promosi kaw kaw di Shopee.
Inilah masanya untuk anda dapatkan berus urutan pencuci wajah Aurora D. Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan berus muka Aurora D di Shopee. Memang berbaloi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024