Berita

Flop Poppy Bakal Beraksi 25 Lagu Dalam 4 Jam, Hantar Sendiri Tiket Pada Peminat

gempak
Elrafaei Sapi
30/08/2018
06:14 MYT
Sponsor Banner
Flop Poppy Bakal Beraksi 25 Lagu Dalam 4 Jam, Hantar Sendiri Tiket Pada Peminat
Band indie popular, Flop Poppy bakal mengubati kerinduan peminat mereka apabila kembali mengadakan persembahan istimewa buat peminat mereka tidak lama lagi.
Jika dihitung perjalanan seni band ini sejak lebih dua dekad dalam industri muzik tanah air, mereka masih diminati ramai menerusi pelbagai lagu popular antaranya Cinta, Aku dan Kamu serta Atas Nama Cinta.
Menariknya, selepas sekian lama tidak beraksi depan khalayak dalam persembahan secara khusus, mereka akan mengadakan showcase Rona Bunyi: Flop Poppy - Rest Of My Life pada 1 September ini.
Mengambil lokasi di Panggung Asia, Setor Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, persembahan kali ini menjadi showcase kedua di bawah siri Rona Bunyi anjuran Tempatan FM dan Kelipan Story.
Band yang dianggotai Andy (vokal & gitar), Mijie (gitar), Megat (gitar), Wandy (bass) dan Bakri (drum) dijangka beraksi dengan 25 lagu bersama kemunculan khas beberapa artis undangan.
Sebagai memeriahkan lagi suasana, band popular Pretty Ugly juga dijemput untuk mengadakan persembahan yang akan bermula pada jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.
Kepada peminat, tiket persembahan ini yang berharga RM45 (Pra-Jualan) dan RM50 (hari persembahan) boleh dibeli menerusi aplikasi TicketApps yang boleh dimuat turun di dari Goole Play dan AppStore.
Tempahan tiket juga boleh dibuat menerusi wakil-wakil jualan yang diumumkan di media sosial rasmi Flop Poppy dan Tempatan FM serta boleh dibeli di pintu masuk Setor Gombak pada hari persembahan.
Istimewa pada peminat yang membeli 5 tiket ke atas, anggota band ini sendiri bersetuju untuk menghantar tiket tersebut sebagai tanda penghargaan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @zayan.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024