Perancang perkahwinan pasangan Intan Ladyana dan Harris Alif, Adly Aqmal terkilan dengan tindakan florist yang memperbesarkan isu berkaitan bunga tangan tajaan yang didakwa diciplak darinya.

Kata Aqmal, pihaknya akan tetap memberikan kredit kepada penaja asal bunga tangan Intan memandangkan hal itu sudah dipersetujui dalam kontrak pada mulanya.

"Tiada masalah besar pun sebenarnya. Kami di pihak penerima akan credit (social media mentioned) sponsorship untuk wedding Intan & Harris. Bunga itu kami anggap hadiah dari Haeja kepada Intan. So we have to credit her sebab dia keluarkan budget untuk bunga itu, regardless la sumber bunga tu dari mana.

"Saya sedar isu itu tercetus selepas ada yang menghantar screenshot dari pemilik kedai bunga tangan tersebut dan saya sendiri menghubunginya untuk memastikan dakwaan dia betul atau tidak. Rupa-rupanya Haeja beli daripada dia, jadi bermaksud bunga tangan itu milik Haeja.

"Kami akan terus memberikan kredit kepada Haeja," tegasnya ketika dihubungi Gempak.

A post shared by Adly Aqmal (@aqmal.adly)


Tambah Aqmal, situasi itu berlaku disebabkan kedudukan Intan dan Harris yang dikenali umum hingga ada yang menangguk di air yang keruh.

"Perkara sebegini berlaku sebab Intan dan Harris dikenali ramai. Bagi saya semua nak naikan nama, lagi-lagi musim PKP ni bisnes pun perlahan. As well as our sponsorship. Kesal tu tak juga cuma terkilan benda-benda kecil yang tak sepatutnya tular macam ni," tambahnya.

Tiada yang betul atau tiada yang salah, kata Aqmal lagi sebagai individu yang bertanggungjawab menyelaras segala hal berkaitan perkahwinan pasangan itu, pihak berkenaan sepatutnya bertindak profesional tanpa dan tak perlu berkongsi luahan hati di Instagram.

"Tiada yang salah dalam hal ini cuma tindakan pihak florist mintak dikreditkan itu agak mengecewakan. She can just DM us or check with us kenapa tak kredit mereka.

"So they will know la the answer is : only sponsorship will be credited," jelasnya.

Terdahulu pemilik kedai bunga tangan @fleurtale.my, Elissa mendakwa bunga tangan miliknya telah digayakan Intan Ladyana pada majlis pernikahannya baru-baru ini dan bukan dari penaja, @haejabudiman.



Kata Elissa, dia tidak menyangka hasil kerjanya telah diplagiat dan seterusnya digunakan untuk menaja Intan.




Elissa telah menghubungi Haeja untuk penjelasan sebenar dan mendapat permohonan maaf selain memberitahu pemiliknya sedang berpantang sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti dipersetujui dalam kontrak bersama Intan.