Bukan satu anugerah tapi dua. Begitu kejutan manis yang diperoleh Miley Cyrus menerusi anugerah Grammy 2024 apabila pulang dengan dua trofi penting dalam majlis berprestij tersebut.

Ia merupakan kemenangan pertama Cyrus selepas 22 tahun sebagai anak seni.

Cyrus, 32, dinobatkan sebagai pemenang Record of The Year menerusi Flowers yang terkandung dalam albumnya, Endless Summer Vacation. Dia tercalon menerusi lapan kategori dalam Grammy 2024.

“Hari saya semalam sangat indah dan harap ia tak akan berubah selepas ini,” ujar Cyrus sewaktu menerima anugerah Record of The Year.

Berkat populariti Flowers, Cyrus juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Pop Solo Terbaik di anugerah yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, hari ini.

Flowers yang pernah disifatkan sebagai lagu yang ditulis dari pengalaman cinta dengan mantan pasangannya, Liam Hemsworth menduduki carta Billboard Hot 100 selama lapan minggu selepas dilancarkan.

Lagu tersebut juga memecahkan rekod Spotify untuk kebanyakan strim dalam satu minggu dengan lebih daripada 100 juta pendengaran.