Ketua kumpulan K-Pop Block B, Zico mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu dan selepas lima tahun bersama.

Zico atau nama sebenarnya Woo Ji Ho juga memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama agensinya, Seven Seasons.

Seven Seasons menerusi sebuah kenyataan telah mengesahkan perkara tersebut hari ini.

“Hello kami adalah Seven Seasons. Pihak kami dan Zico telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak eksklusifnya selepas lima tahun.

“Enam lagi anggota Block B selain Zico telah membuat keputusan untuk memperbaharui dan selesai menandantangi kontrak mereka bersama kami.

“Tentang perancangan aktiviti Block B di masa akan datang, pihak kami masih lagi berbincang mengenai perkara tersebut bersama ketujuh-tujuh ahlinya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Zico yang selama ini memberikan yang terbaik bukan sahaja sebagai ketua kumpulan Block B tetapi seorang produser juga.

“Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Zico dengan permulaan barunya. Kami sentiasa menyokong karier seninya,” jelas wakil agensi berkenaan.

Sementara itu, difahamkan Zico bagaimanapun buat masa ini akan memberikan fokus terhadap kerjaya solonya.

Terdahulu, Block B dianggotai oleh Zico, Taeil, B-Bomb, Jaehyo, U-Kwon, Park Kyung, dan P.O.

Block B yang debut pada tahun 2011 ini dikenali dengan lagu-lagu hit mereka antaranya Nanrina, Don’t Leave, Nillili Mambo dan Toy.

Sumber: Allkpop/ Soompi