"Fokus Pada Fit, Jangan Nak Kurus Jer" - Abam Bocey

Rozaimi Zubaidi
Oktober 16, 2018 02:16 MYT
Pelawak dan pelakon Abam mengingatkan orang ramai yang ingin menurunkan berat badan supaya fokus dalam melakukan senaman secara berterusan.
Menerusi entri di Instagram (IG), berkongsi rahsia kejayaan dirinya yang berjaya menurunkan berat badannya.
"Fokus pada fit. Jangan fokus nak kurus jer.
'Kalau berat tidak turun kita akan give up, jadi kita fikir pasal kita sihat dan bertenaga Fit.
"Kurus akan menyusul kemudian," tulisnya.
Rata-rata memuji semangat yang ditunjukkan oleh Abam dalam menurunkan berat badannya dan berharap agar dia teruskan usaha untuk mencapai berat yang ideal.
Sebelum ini, Abam mengakui berat badannya sudah berkurang sebanyak 30 kilogram dan perkara itu membantu dirinya untuk bergerak.
#Pelawak #Abam