Laman Utama
"Fokus Pada Kerja Saya, Bukan Gambar Saya" - Yazmin Aziz Ulas Aksi Berbikini Di Monaco!
Bintang Big Stage 2022, Yazmin Aziz tampil mengulas isu gambar seksi dan aksinya berbikini di Monaco pada Mei lalu.
Jelas Yazmin, atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 20, dia menghargai setiap teguran dari pengguna media sosial dan memohon maaf atas tindakannya.
Apa yang boleh saya katakan, pertama sekali saya minta maaf dan berterima kasih kepada siapa yang menegur saya.
“Saya tetap menghargai walaupun ada yang tidak senang sebab mereka ada pendapat mereka sendiri.
“Saya harap orang lebih fokus melihat kepada kerjaya seni saya berbanding gambar apa yang saya post itu.
“Banyak lagi yang anda semua lihat, macam video TikTok saya dengan kawan-kawan artis lain dan sebagainya, tapi siapalah saya untuk menilai orang punya pandangan," ulasnya kepada Gempak.
Pada masa sama, Yazmin turut mengulas ciapan yang ditulisnya di Twitter yang mempertikaikan tindakan media tempatan melaporkan pakaian bikininya di negara Eropah itu berbanding pencapaian kerjayanya.
“Pada masa saya tweet tu, waktu itu saya sangat sedih dan kecewa.
“Ketika itu saya masih di luar negara, saya fikir mereka akan berbangga kepada saya, kerana saya artis Malaysia dapat buat persembahan di luar negara.
“Tapi bila berita keluar saya sedih sangat kerama ceritanya bukan tentang persembahan saya, tetapi tentang perkara peribadi saya seperti gambar.
“Bila saya lihat saya tertanya-tanya mengapa ada pihak di Malaysia buat cerita gambar saya sedangkan media luar buat cerita tentang persembahan saya?" tambahnya.
Untuk rekod, Yazmin berada di Monaco apabila diundang untuk mengadakan persembahan nyanyian di Monte Carlo Fashion Week sekitar dua minggu lalu.