Hiburan
Followers Merosot Bila Tahu Ikmal Amry Nak Kahwin... "Ada Patah Hati & Menangis Sambil Post Gambar Kat Dinding"
Pelakon dan model Ikmal Amry mengakui jumlah pengikut dan peminatnya di akaun Instagram turun mendadak selepas mengumumkan bakal berkahwin tahun ini.
Kata Ikmal, 26, dia bagaimanapun akur dengan trend sedemikian dan bersyukur masih punyai lebih 427,000 pengikut di Instagramnya.
"Saya ada isu sedikit dengan peminat di mana ada dua golongan peminat yang mana satu, mereka berasa sangat gembira yang saya nak kahwin dan ada satu lagi golongan peminat yang boleh saya katakan sedikit obses kerana mereka tidak mahu melihat saya mendirikan rumah tangga.
Advertisement
"Ada yang DM (direct message) kata mereka sedih dan patah hati bila tahu saya nak kahwin. Ada juga yang menangis-nangis post gambar saya di dinding. Yang marah saya nak berkahwin pun ada," katanya kepada Gempak.
Tambah Ikmal, tindakan sedemikian ekoran penangan wataknya bernama Ray dalam drama bersiri Gantung yang secara tidak langsung membuatkan segelintir pengikutnya terlampau obses.
"Saya percaya mereka terlalu obses dengan watak Ray yang dilakonkan saya dalam drama bersiri Gantung sebab itu mereka halang saya untuk berkahwin.
"Tapi saya balas balik dengan mereka, Randy Pangalila (pelakon siri Gantung) pun boleh kahwin, kenapa saya tak boleh berkahwin," tambahnya.
Pelakon kelahiran Melaka itu sebelum ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Najla Samshul di kediaman wanita tersebut di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 27 Mei lalu dan bakal berkahwin pada Disember ini.
Must-Watch Video