Daripada cuma ribuan, kini followers Instagram pelakon baharu Muaz Zabir mencecah lebih 20 ribu gara-gara terpalit dengan kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Muaz yang mempromosikan drama lakonannya sempat menulis kapsyen berkaitan kesalahan dan kemaafan.

"Betul, lepas buat salah kita kene mintak maaf. Tapi kalau lepas mintak maaf masih buat bende sama emmmm……," tulisnya.



Ayat-ayat terbabit dipersetujui oleh warganet dan menyifatkan ia sangat tepat mengena dengan situasi semasa yang sedang hangat diperkatakan.

"Kenapa caption relate ni? Ke perasaan aku je," tulis seorang pengguna Instagram.

BERITA TRENDING: “Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” - Bella Akui Khilaf, Hanya Mahu Buat Aliff Cemburu

PILIHAN PEMBACA: Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baharu, Netizen Tetap Sokong Bella - “Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh”

Bagaimanapun, menurut tinjauan Gempak, kesemua posting lain di Instagram Muaz ditutup ruangan komen.

Dalam pada itu, pujian tentang rupa paras yang kacak serta dilihat seakan-akan sepadan dengan Bella antara komen yang hadir membanjiri ruang Instagram Muaz.

Baru-baru ini, nama Muaz terpalit dan menjadi bualan ramai apabila didakwa menjalin hubungan dengan Bella Astillah.

BERITA TRENDING: Kerap Disamakan Dengan Wajah Aliff Syukri! Semak Fakta Menarik Tentang Muaz Zabir, Jejaka Yang Dikaitkan Rapat Dengan Bella Astillah

Pendedahan yang dibuat sebuah akaun TikTok dan channel Telegram itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.

Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.