Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

'Food Hunter' Sanggup Ke Shah Alam Kerana Mee Rebus Gear Box

Ahmad Shah
11/05/2016 04:12 MYT
Walaupun sudah beroperasi lebih 6 tahun, Restoran Bisik-Bisik di Shah Alam masih sesak dengan pelanggan, terutama penggemar 'Gear Box'.

Antara menu utama yang ‘hot selling’ selain Mee Rebus 'Gear Box' ialah, Mee Bandung, Asam Pedas, Otak-otak, Tauhu Bakar dan menu popular Johor, Kacang Pool.

Selepas penulis mencuba sendiri Mee Rebus 'Gear Box' dan Mee Bandung di restoran tersebut baru-baru ini, tidak hairanlah mengapa restoran yang dibuka sejak 2010 itu mampu bertahan.

Penulis tidak perlu menunggu lama selepas memesan dua hidangan tersebut kerana ia mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

Mee Rebus 'Gear Box', suapan pertama sahaja sudah membuatkan penulis 'Wow' kerana adunan rempah bersama tulang sum-sum, sebati dan cukup menggiurkan.

Selepas sepinggan Mee Rebus penulis habiskan, giliran merasa Mee Bandung pula.

Lengkap dengan hirisan daging, cili hijau dan telur rebus, kesedapan Mee Bandung ini seiring dengan kehendak pelanggan yang inginkan kesempurnaan.

Untuk minuman, penulis memesan Air Katira yang sangat popular di kalangan anak jati Johor. Bukan senang untuk mendapatkan air ini di Lembah Klang kerana selalunya ia boleh didapati pada bulan Ramadan.

Air Katira mengandungi pelbagai bahan-bahan semulajadi seperti Kembang Semangkuk, Biji Selasih, Barli serta Gula Batu dan rasanya sangat menyegarkan!.

Ia juga sangat sesuai diminum ketika cuaca panas kerana mampu menyejukkan badan. Apa-apa pun Restoran Bisik-Bisik amat wajar dikunjungi dan tidak salah untuk anda nak datang lebih daripada sekali!

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir

#Suudu
;