,
Laman Utama

#Foodieslife: Alami Masalah Boroi? Cuba Lima Menu Sarapan Ini Untuk Hilangkan Lemak Di Perut

Izwan Isa
14/06/2022
12:50 MYT
Bukan mudah untuk menurunkan berat badan, terutama lemak yang terkumpul pada bahagian perut. Justeru, ini empat menu sarapan pagi yang boleh anda cuba untuk mendapatkan berat badan ideal selain perut yang leper.
1. Telur
Telur merupakan salah satu menu sarapan yang paling paling popular, selain sangat bagus untuk memulakan pagi kita dengan cara yang sihat.
"Telur mengandung protein dan lemak, keduanya membantu kita mengawal nafsu makan sepanjang pagi dan sepanjang hari.
"Penelitian menunjukkan bahwa mereka yang makan 25 hingga 30 gram protein di pagi hari sering kali merasa puas dengan jumlah yang lebih sedikit di kemudian hari," kata ahli diet Amy Goodson.
Amy turut mencadangkan untuk hidangan sarapan yang berasaskan telur disaji bersama roti bakar gandum atau oatmeal bagi menu sarapan lengkap.
2. Greek Yogurt
Greek yogurt merupakan salah satu pilihan yogurt yang lebih sihat kerana ia dilengkapi dengan lebih banyak protein dan lebih sedikit gula tambahan.
"Tinggi dengan protein, greek yogurt biasanya memberikan sekitar 14 hingga 18 gram protein, tergantung pada jenamanya. Yogurt ini juga mengandung kalsium dan probiotik yang penting untuk kesihatan yang optimal.
"Nikmati yogurt dengan menambahkannya kepada wafel gandum atau campurkan ke dalam smoothie untuk sarapan kaya protein," saran Amy.
3. Oatmeal
Oatmeal mengandungi serat yang dapat membuat kita berasa kenyang, membantu pencernaan supaya lebih lancar, mengelolakan kesihatan jantung dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan.
"Saya percaya bahawa kita harus mencapai target protein harian. Jika kita ingin menghilangkan lemak perut, maka pengambilan protein yang cukup adalah sangat penting untuk hal itu," kata ahli nutrisi Courtney D'Angelo.
Di samping itu, protein juga memiliki banyak manfaat kesihatan dan salah satu daripadanya adalah untuk membantu menghilangkan lemak, serta membangunkan otot tanpa lemak.
"Oatmeal yang juga tinggi serat dapat memperlambatkan pencernaan dan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama, yang akhirnya akan mencegah makan berlebihan sepanjang hari," terang Courtney.
4. Mentega kacang
Mentega kacang sendiri tidak akan cukup untuk sarapan, tetapi dapat menjadi tambahan yang bagus untuk pelbagai jenis makanan.
"Menambahkan mentega kacang semula jadi pada roti bakar, oatmeal, atau yogurt dapat menambahkan beberapa lemak sihat dan protein sayuran yang dapat membantu menambahkan rasa kenyang," kongsi pakar pemakanan dan penulis The First Time Mom's Pregnancy Cookbook, Lauren Manaker.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah
Unitar