#Foodieslife: Anggur Boleh Panjangkan Umur?
Izwan Isa
14/11/2022 13:50 MYT
14/11/2022 13:50 MYT
Anggur merupakan antara buah-buahan yang sering menjadi pilihan pengguna. Selain manis dan sedap dijadikan kudapan, ia juga mengandungi pelbagai jenis vitamin yang bagus untuk tubuh badan.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Foods, pengambilan sekitar dua cawan anggur setiap hari - bagi pengamal diet berlemak tinggi - dapat mengurangkan risiko pengumpulan lemak pada hati, meningkatkan gen antioksida dan juga umur.
John Pezzuto, pengkaji dari Western New England University menerusi penelitiannya mendapati, individu yang memakan anggur secara berkala dapat menikmati hidup empat hingga lima tahun lebih lama berbanding yang tidak mengamalkan pengambilkan buah berkenaan.
Sementara itu, pakar pemakanan Laura McDermott pula berkata: “Apa yang menyebabkan saya bersemangat tentang penyelidikan dan topik ini adalah akan ada lebih banyak penyelidikan yang bakal dilakukan pada antiokdisa dan peranannya dalam pengurusan penyakit, serta pencegahan secara umum.
"Hal ini akan memberikan lebih banyak alasan bagi memfokuskan pada variasi makanan yang inklusif dalam diet mereka," ujarnya kepada Eat This Not That.
Selain itu, Laura berkata, anggur mengandung berbagai antioksida yang tinggi seperti resveratrol, katekin, quercetin, dan antosianin, sehingga buah ini bersifat anti-keradangan.
"Menerusi kombinasi diet yang seimbang, anggur dapat membantu melawan radikal bebas dan menurunkan stres oksidatif," tambahnya.
Foto kredit: Maja Petric (Unsplash)
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!